Monday 17 June 2013

@@

"tak pernah lihat masytah begini sebelum ni..duduk di meja sahaja"- kata Pn Lee

"hei...i like this, you balik awal, good!good!" - sapa Miss Anne

"saya tak pernah lihat awak balik tepat masa, mesti lewa' - tegur Pn Mages

"haa..Masytah, kenapa kelas 6K3 jauh sana, tak sesuai, marker pen saya sudah tinggal, susah la, you cakap la pindah di kelas sana..bla bla"- bebel Mr Subra
- terpinga -pinga..."Mr Subra tak salah kaunter ke tanya saya ni?"
"Eh, bukan u assistant kanan boss ke, u boleh cakap sama dia kan...?"
- hahah...once upon a time la Mr Subra

Sedikit senario yang sangat jelas mengenai perubahan aku di sini...perubahan sikap, perubahan budaya kerja...
Ye betul...saya ada kerja, jika saya ingin menjadikan dia beban kepada kerjaya saya
Tapi saya rasa, saya telah mencapai satu tahap di mana ... kita redah je la..

layannnnnnn

Monday 10 June 2013

Uncle

Uncle...
Tadi kan saya saja-saja keluar mau nyalan-nyalan ooo.Saya ada sikit rasa tidak best hari ni pulak tu.
Haiya, saya syiok-syiok layan pemandangan pada itu lampu kasi syarat tu,tiba-tiba tingkap berbunyi kena ketuk. Saya betui-betui terkejut maa,takut mau toleh wooo, uiiiiseh. Tapi toleh sajalah, mana tau kawan saya yang lain kan. Sekali orang saya tak kenal la...opocot, cemas seketika..

Uncle..
Dengan cermin mata ala-ala pemandu kapal terbang oliver wright tu kan, uncle betui-betui menakutkan saya la, uncle tunjuk tangan kekiri, saya sudah risau sama saya punya dompet sama henpon ma..betui-betui baling atas tempat duduk sebelah saja...rupenye uncle mau tanya jalan, mau pegi tokong, tempat orang tangkap ikan..aiya uncle, saya keliru la uncle, mana saya tau tokong tempat tangkap ikan, uncle tunjuk mau ikut sana jalan ada butul ka?, saya angguk aje uncle sebab saya tak tau mana pun uncle nak pegi disamping rasa cuak yang masih ada tinggal saki baki..nak je naikkan cermin...tapi uncle macam nak sembang lagi, lampu isyarat ni pun tak mau hijau pun..

Uncle,
Akhirnya saya kagum dengan uncle, uncle bermotosikal dari Ipoh mau ke Bagan Datoh, mau pegi tangkap ikan, tido rumah kawan, mungkin itu cara uncle menikmati usia tua uncle, uncle ada cakap tadi, macam ni lah sudah tua, takda kereta, dari Ipoh cuma RM 4 minyak naik motor, boleh la. Tak sangka akhirnya saya melayan uncle sampai lampu bertukar hijau

Uncle,
Semoga selamat diperjalanan uncle, sebenarnya saya masih tertanya mengapa uncle memilih cermin kereta saya untuk diketuk, sedangkan dihadapan saya masih ada sebuah kereta dan dihadapannya beberapa bijik penunggang motorsikal, takpe la..mungkin ini pengalaman tambahan untuk saya hari ini, disapa oleh uncle..
Uncle tau tak, saya kan sebenarnya hari ini,sebenarnya saya bukan seronok memulakan hari ini, tetapi saya dihadirkan dengan beberapa orang pelajar berbangsa uncle yang betul-betul masih menghormati dan seperti mengasihi saya,  saya di datangi kawan guru berbangsa uncle yang mengambil berat tentang pertukaran saya, seorang kawan berkata, " kalau u dapat pindah saya gembira, kalau u tak pindah saya lebih gembira "..saya benar-benar memahami keikhlasan dia. Mungkin saya perlu belajar menilai semua syakwasangka yang mungkin makin keterlaluan saya pada mereka sebangsa uncle.

Sorang cuit, tadi ada tertanya-tanya kot kamu dapat pindah, meja kamu dah bersih...
Kah kah kah, betapa bersedianya aku sedangkan meja itu memang seperti itu semenjak awal tahun dulu
Mudah-mudahan la ada rezeki ye Masytah ye..

Tersenyumlah dan terus tertawa ....
kerana dengan keduanya,
luka itu tidak sentiasa basah atau semakin bernanah
biarpun ianya amat payah untuk kering atau membaik ....

Uncle uncle uncle

Saturday 18 May 2013

Bangkit aje lah

Berhenti!!!!

Ok, telah terpesong ke mana-mana dah entri-entri disini..
Masa untuk berubah
Ini kali lah!!!

Tiada lagi entri tidak bermotivasi!!!
Sudah cukup sudah!!

Kembali dengan idea yang segar Masytah!!
Anda sudah terlalu jauh meratapi diri sendiri !!
Bangkit!!!

Bangkit bila di tolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula

Cewahhh!!!

Friday 17 May 2013

ayoyo

Mengaitkan pencapaian masa lalu
Sekarang memang sangat berbeza
Sangat!!!!!

Saya pernah mendapat anugerah  paling popular disini,
Saya pernah meraih gelaran  paling ceria disini,

Haha, itu semua kisah masa lalu yang pernah singgah dan mewarnai dunia kerjaya saya
Kerjaya yang bukan merupakan impian, kerana saya juga bukanlah seorang yang mempunyai cita-cita yang sangat diangankan. Sekadar menuruti takdir yang telah ditentukan tuhan dan berjalan menempuhinya..cewah
Kerjaya yang sangat mulia jika benar saya laksanakan mengikut landasannya, kerjaya yang sebenarnya sangat membantu saya memanfaatkan diri saya, bukan hanya pada diri saya tapi orang disekeliling saya.
Kini, saya sudah 12 tahun bersama kerjaya ini, saya tidak sangka saya masih terperangkap disini.
Memang kerjaya ini telah membina pelbagai sisi diri saya, diri saya yang lebih yakin, diri saya yang lebih berpeluang untuk mendepani pelbagai karakter manusia yang sedang dalam perjalanan menuju dewasa dan lebih dari itu menyampaikan ilmu yang diharapkan dapat dipanjangkan oleh anak-anak itu..

Saya harap saya dapat keluar dari perangkap ini, saya benar-benar inginkan warna baru dalam dunia kerjaya  saya, saya ingin membina lebih banyak sisi diri saya yang lebih baik...

Saya benar-benar tidak mempunyai apa-apa perasaan untuk kali ni
Hambar, keciwa, kabur, tidak bermakna....itu mungkin
Saya lihat mereka, saya harap saya tidak bersama mereka lagi untuk tahun hadapan
Saya ingin mereka kekal dalam perhubungan dan memori saya
Tetapi saya sangat ingin untuk mengenali mereka-mereka yang lain juga supaya memori ini lebih bermakna


merapu tak abis-abis...........ko dah kenapa Masytah wehhh..


Thursday 9 May 2013

Boss

Warkah buat boss,

Boss,
Sudah lama saya pendamkan apa yang terbuku dihati saya,
Sudah berulang kali saya bertahan untuk tidak bertindak melebihi batasan,
Sudah lama saya merasakan saya semakin tidak adil dilayan,
Sudah lama saya merasakan saya perlu memperjuangkan prinsip yang saya inginkan,

Boss, 
Hari itu, boss seperti biasa, meyuruh saya membuat kerja yang bukan tugasan saya, 
dan saya amat jelas kali ini saya bakal membuat kerja untuk menaikkan profil peribadi boss sahaja.
Saya sudah berkali-kali dibuat begini oleh boss,
Boss ingin kelihatan hebat dimata orang, mahu kedengaran seperti seorang boss yang cemerlang,
Sedang hakikatnya, terlalu banyak polisi boss yang saya tidak bersetuju, sudah terlalu banyak saya menurut membuat sesuatu yang melanggar prinsip peribadi saya.
Tidak untuk hari itu boss, saya tidak mampu lagi berpura-pura menyokong semua tindakan boss

Boss,
Maafkan saya atas keterlanjuran kata-kata saya,
Jika itu menyebabkan boss mula merubah cara berurusan dengan saya,
Jujur saya katakan, dari segi prinsip, saya tidak merasa bersalah sedikit pun dengan apa yang saya tuturkan,
Tetapi dari segi budaya, ya mungkin saya bersalah kerana kelihatan tidak menghormati orang tua..

Boss,
Saya rasa saya sudah sampai kemuncaknya disini,
Izinkan saya untuk keluar dari sini
Untuk membina semula nilai diri saya
Untuk saya menjadi seorang yang lebih mengerti 
Bahawa terdapat banyak keadaan berbeza diluar sana yang perlu saya harungi
Untuk saya lebih menghargai apa yang saya miliki hari ni...

Boss,
Saya harap tanpa sokongan pada permohonan lepas, saya masih dikurniakan rezeki untuk bertukar
Tetapi jika itu tidak berlaku, tolonglah tolonglah saya....
Sokong sahajalah selepas ni...

Huwaaaaaaaaaaa!!!!!

Monday 6 May 2013

Pasca PRU 13'

Jam ditangan menunjukkan tepat 12.37 minit petang, aku terlewat hampir 7 minit untuk ke kelas yang sedang berlansung peperiksaan "Mock Test". Mendengar perkhabaran sahabatku Adik Ayuza yang sudah sangat menghampiri waktu bersalin anak ketiganya sedang baru lebih kurang jam 10 pg tadi kami selesai sarapan bersama dengan sedikit perbincangan mengenai kerja yang boleh dibantu untuk diselesaikan dan juga mengenai KFC baru dan taman permainanan kanak-kanak didalamnya....haha

Memang percaturan dan kehendak Allah itu lebih cantik dalam apa jua keadaan, walau dalam keadaan sesulit mana, pasti akan diselitkan kemudahan.Semoga semua berjalan lancar ye my fren, terima kasih kerana  berusaha menambahkan umat Muhammad, semoga dia menjadi anak yang soleh dan solehah, membantu membangunkan ummah dan kegemilangan Islam dan bangsanya pada masa negara berhadapan dengan krisis perjuangan dan perkelahian sesama bangsa dan agama. 

Sebenarnya ini entri nak tulis pasal pasca PRU 13', 
Alhamdulillah, syukur teramat atas bantuan dan belas ehsan darimu Allah..
Kerana masih sudi memayungi dan merahmati negara yang bertuah ini..
Kerana masih sudi memperkenankan kuasa mutlak untuk seorang Islam menjadi pemimpin utama negara ini.

Aku dan sokongan aku kepada perjuangan asal UMNO tidak pernah berubah,
Kerana aku yakin, mana-mana parti politik pun, tujuan asal penubuhannya adalah murni, memastikan generasi masa hadapan menikmati kehidupan yang lebih baik dari generasi sebelumnya.
ISLAM..itu jangan pernah anda persoalkan dengan pegangan politikmu kerana ia adalah perkara pokok yang berbeza sama sekali. 
UMNO,PAS, PKR,DAP atau mana-mana pertubuhan jika anda seorang ISLAM anda tetap ISLAM.
Tetapi dimana peranan kita untuk memastikan ISLAM itu terpelihara dalam ruang lingkup negara yang pada asalnya milik sesuatu bangsa?
Saya sudah berjalan hampir semua bahagian di negara jiran, negara Islam terbesar di nusantara...ya, pada mata kasarnya kelihatan semua berwajah hampir sebangsa,sebahasa tetapi tidak semua seagama. Membezakan yang Islam atau tidak amat sukar sekali. Tidak seperti negara tercinta, kita mempunyai kepelbagaian bangsa yang sangat berbeza iras wajahnya, bahasanya yang dengan mudah sekali kita mampu meneka agamanya, bukankah sesuatu yang hebat kita mampu hidup dalam kepelbagaian yang nyata dengan aman sekali, hasil dari perjanjian bijak datuk dan nenek moyang kita, yang tentunya Islam agamanya, Melayu itu bangsanya. Bukankah tugas kita untuk memastikan ianya kekal diperturunkan ke generasi akan datang?

Mungkin ramai yang benci untuk kita merujuk sejarah sebagai bahan mengukuhkan apa yang kita mahu hari ini, tidak perlu sejarah bangsa, rujuk pada sejarah sendiri, dari saat dilahirkan, saat mula diberi pendidikan, saat mula kita berdikari mencari kehidupan, bukankah pengalaman lalu yang membantu kamu hari ini??
Jika kamu pernah gagal, adakah kamu akan merahsiakan kegagalan kamu? 
Jika kamu berjaya, adakah kamu akan merahsiakan kejayaan kamu?
Hidup adalah untuk berkongsi pengalaman walau mungkin jalan kehidupan tidak pernah sama untuk setiap orang... 
Menuduh si polan , si nun, wah...maksumkah kita pada pandangan orang lain? 
Sempurnakah Rukun Islam kita? Rukun Iman kita? 

Bersatu la seperti mana belum pernah kita bersatu,
Bukan bermaksud kita perlu meninggalkan yang lain..

Cukup untuk memastikan bahawa keluhuran perlembagaan negara ini kekal terpelihara selagi mana Allah mengizinkan bumi ini terus berputar, sebelum bertiupnya sangkakala yang pada saat itu, tidak ada satu keperluan dunia pun akan membantu kita melainkan bekal yang kita simpan untuk dibawa ke sana.

Rumusan analisa peribadi PRU 13' :

Walaupun Melayu kelihatan berpecah tiga, tetapi sebenarnya Melayu akan kembali berkuasa penuh di dalam parlimen.
Walaupun Cina seperti semakin bersepadu, tetapi sebenarnya mereka akan kekal sebagai suara sumbang dalam parlimen.

Semoga semua ahli parlimen yang beragama Islam dan Melayu sentiasa muafakat dalam mencapai kesepaduan demi survival agama dan bangsa.

Tertumbangnya MP Pas yang lantang dan tunduk pada permintaan PKR / DAP seperti Hussam, Mat Sabu dan Salahudin, harapnya memberi kekuatan pada yang tinggal untuk tidak lagi tunduk dan menurut...

Sudah-sudahlah berpolitik Masytah ye....jumpa lagi 5 tahun

* Keadaan ini benar-benar menambahkan lagi perasaan aku ingin menukar persekitaran perkauman pekerjaanku, kerana perkara yang merentasi bangsa sering membuat aku menghitung manfaat apa yang telah aku lakukan selama ini????

Huwaaaa 

Wednesday 17 April 2013

Kenapa ?

Never Action Talk Only

Politik Nak cara senang guna politik
Nak cepat naik pangkat guna politik

Politik politik politik

Semakin maju media sosial
Semakin maju manusia mempolitik pelbagai perkara
Cekodok pisang makcik X tak sedap pun boleh dipolitikkan ....sedih!!
Apalah guna membaca dari pelbagai sumber
Menyatakan pendapat yang konon sahih belaka
Membangkang konon dia yang pintar semuanya
Sedang disuruh mengundi...
"Aku sebenarnya tak daftar lagi.."
"Tak dapat balik mengundi la.

" Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Tak kira anda di pihak kerajaan atau pun pembangkang
Jika anda fikir peti undi itu bukan penentu masa depan
Sekadar berdebat yang bukan-bukan
Sedihnye nasib anak bangsa akan datang
Bila hidup mereka dipertaruhkan sekadar omongan

*pesanan pada diri sendiri: dimana pun diMalaysia ini kamu akan jejaki, pastikan anda sentiasa kemaskini tempat paling mudah untuk membuang undi...jangan sia-siakan tugas kecil kita, kerana itu tanggungjawab